Saturday, December 24, 2011

♥●•٠•˙Maaf kan ku yang meninggalkan mu kerna NYA˙•٠•●♥



Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawaban,
Karna jawabannya bukan ditanganmu.
Tetapi di tangan-Nya,
Di tangan Tuhan kita,
Allah Subhannahu Wa Ta'ala.

Tuhanku dan Tuhanmu,
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu,
Biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu aku tinggalkan dirimu pada-Nya.

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdo'alah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga)" [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,

Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyadari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita,

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya,
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,

Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan :

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu" [Surah Fussilat : 30]

Dan ketika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat : 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merusakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,

Senantiasa.

Friday, December 23, 2011

Mencari Calon Suami Yang Tiada Facebook


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....
Melihat gelagat ramainya orang dalam melayari facebook dan blog kadang-kadang sangat merunsingkan. Ada yang tidak segan silu berkongsi cerita hal peribadi yang sewajarnya disimpan. Ada yang merungut mengeluh tentang macam-macam benda yang tak puas hati di matanya. ada yang berposing ala-ala model lalu ditayangkan gambar-gambar untuk tujuan tatapan mata-mata nkal. Bermacam-macam ragam..



        Contoh sahaja. Kadang2 kita tak sedar padahal kat realiti tak pernah tegur

Semua orang tak terlepas dari ini. Saya sendiri juga. (Ada juga bah... Dalam hati saya mengatakan.. Kawan saya)... =). Kadang-kadang susah juga nak menjaga kalau di alam maya ni.. Di alam realiti kita bersusah payah mengaja pandangan, menjaga hati, sopan. Tapi di alam maya lain pulak jadinya. Ada ja bersembang ribut di alam maya tapi sebenarnya tak pernah langsung bertegur sapa dalam realiti.

Kalau untuk mengeratkan hubungan sesamasahabat (perempuan sama perempuan) ini sangat baik. Okey contoh, kita boleh tahu perkembangan sahabat kita sewaktu cuti ni kan.. =) Kadang-kadang kita tak sedar yang conversation kita dengan berlainan jantina melalaikan. Kalau muslimin tu saya yang punya, saya jealous tau.. Ngeee...(after akad)

Muslimin boleh melihat gambar-gambar muslimat


Sikap suka berongsi, andaikanlah gambar doodle tu gambar orang betul. hehe

Kalau ada gambar yang tak privet siapa2 boleh tengokan. Tambahan lagi muslimat yang cantik jelita anggun bergaya satu album khas gamba dia seorang. So, now everyone can see it.. Mau tahu macam mana boleh wujudnya fake profile, sebabnya kebanjiran gambar kita di alam maya, saya tidak cakaplah tiada langsung =) tapi cukuplah satu dua je yang kecil-kecil. Bukan apa kita mengaja sebab wanita ini fitnah terbesar. =) Kalau muslimin tu saya yang punya saya cemburu sebab dapat tengok free-free.

Memberi Sokongan Pada Maksiat

                          Gambar hanya untuk tujuan contoh

Saya tak nak liht muslimin yang bakal saya nikahi (aisehhh) support pada benda yang melalaikan. Contoh, kalau ada seseorang letak gambar berdua couple, mesti ada komen dekat bawah gambar tu 'alolo sweetnya korang' kan.

Atau kalau orang buat in a relationship with dot dot berduyun like. Kita tak tahu masa depan. Karang tak jadi dengan orang tu frust tak sudah. Saya mahukan muslimin yang bagi sokongan pada Islam. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama. Sebab dengan ilmu agamalah beliau akan mendidik saya dan anak-anak (ayat masa depan) hehe..
Semua orang ada calon-calon idaman masing-masing =) Sama macam saya tapi pada saya cukuplah ia beriman. Itu sangat cukup Hadiah paling berharga dari Allah sepanjang zaman. biarlah kita tak berkenal-kenalan sebelum nikah. Itu adalah lebih baik dari diserahkan cinta pada yang tidak sepatutnya. Bila diserahkan tak dihargai. Itu sangat menyakitkan tahu? =)

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamannya. nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya apa yang saya nak kata sekarang ni susah nak jumpa para syabab mcam zaman nabi dulu. Ini bukan semata-mata akaun facebook beribu-raban friends. In reality pun susah sekarang ni nak mencari yang benar-benar ikhlas. Yang faham hukum Allah. Kebanyakan yang saya lihat semuanya hanyut dalam dunia remaja, dalam dunia trends, semua dalam comfort zone lagi. Sama ke level kita denagn remaja di Palestin? Tak. Kadang-kadang dosa-dosa di facebook ni kita tak  sedar. Saya mahukan muslimin yang bijak menggunakan peluang berdakwah. Tak kisah lah dimana-mana pun. Ya, like facebook dan blog,these are our chances. Memang benda-benda ni created by depa yang bukan Islam u tai kita kena pandai manfaatkan. semua ni tak terhad dalam alam maya sahaja, cuma apa yang saya lihat dalam alam maya ni adalah kebanjiran 'remaja' yang terlalu mengikut trends.

Mencari calon suami yang tiada facebook? Memang susah. Means ada ke manusia lagi yang tiada facebook? macam tu lah perumpamaannya kita nak jumpa muslimin/muslimat yang benar-benar menjadikan Islam sebaai cara hidup mereka, meletakkan Allah d tempat paling teratas dalam hati mereka.

Sedar tak sedar sema benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes, dunia ni persinggahan saja. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia, (moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita sedar ataupun tak sedar) dan kita sendiri akan dapat tengok balik apa saja yang kita dah buat. Apa saja yang kita dah buat untuk Islam? Untuk Allah?

Peringatan untuk saya terutamanya.
 
            

Tuesday, December 20, 2011

Ajal


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...


Kisah ini saya petik dari sebuah buku.. Semoga kisah ini mampu mengugut ingatan kepada kita tentang suatu hari ketika semua hubungan kita dengan harta, anak dan kerabat terputus...


Tersebutlah seorang lelaki menteri di zaman Nabi Daud, bernama Jalil Al Qadri. Ketika nabi Daud meninggal, dia menjadi menteri di era Sulaiman bin Daud. Di suatu pagi, Sulaiman mengadakan majlis bersama menteri itu. 


Kemudian seorang lelaki masuk memberi salam dan membisikkan sesuatu ke telinga Nabi Sulaiman. Lelaki ini memandang tajam kepada Jalil, seorang menteri sehingga dia merasa ketakutan. Ketika lelaki itu keluar dari majlis, menteri itu bertanya kepada Sulaiman, "Wahai Sulaiman Nabi Allah, siapakah lelaki yang baru sahaja keluar tadi? Sungguh pandangan matanya membuatkan aku takut."


Nabi sulaiman menjawab,"Dia adalah Malaikat Maut yang menjelma sebagai manusia. Dia mendatangiku." Seketika itu gementarlah menteri itu lalu menangis. Kepada nabi Sulaiman dia berkata, "Wahai Nabi Allah, demi Allah aku mohon kepadamu agar kau perintahkan angin bertiup membawaku ke tempat paling jauh iaitu ke India."


Nabi Sulaiman memenuhi permintaannya. Menteri tersebut pun terbang di tiup angin. Keesokkan harinya, Malaikat Maut datang kembali ke hadapan Nabi Sulaiman sebagaimana hari kelamarin. Nabi Sulaiman berkata, "Kelmarin engkau telah membuatkan sahabatku gementar. Mengapa engkau memandangnya begitu tajam?"


Malaikat itu berkata, "Wahai Nabi Allah, aku mendatangimu di pagi. Aku terkejut mengetahui orang itu masih bersamamu di sini. Padahal Allah memerintahkanku mencabut nyawanya selepas Zuhur di India."


"Lalu apa yang kau lakukan?" tanya Sulaiman, "Aku pergi ke tempat yang Allah perintahkan kepadaku untuk mencabut nyawanya di sana. Ternyata dia sedang menungguku, lalu aku mencabut nyawanya," jawab malaikat Maut itu. 


Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segaa yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumuah : 8)
  

mamaLUV: KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN - ELAKKAN KEKERASAN PA...

mamaLUV: KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN - ELAKKAN KEKERASAN PA...: Thanks Mr Google Alkisah - Share from FB: Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pak...

Saturday, December 17, 2011

~ Semakin kuusir, Semakin ia hadir ~



Semakin kuusir, semakin ia hadir, semakin kulupakan, semakin ia membelenggu diri.. Luka     lama ku terasa membengkak kembali saat kau kan tiba setelah kian lama tidak berselisih.. aku memujuk diri ku agar tenang menerima suratan. Aku menunggu 'masa' memberitahuku segalanya. Hubungan yang belum pasti sudah ku simpan dan tutup dengan rapi daripada sesiapa, kecuali suamiku kelak setelah Allah dan rasul. InsyaAllah... Aku pasrah, tak kira lah siapa masuk dulu... (huhu) Aku juga sangat takut jika aku tidak mampu menjadi isteri solehah untuk suami yang sesoleh mu. Bagiku kau terlalu baik, hinggakan aku tidak layak untuk mu. Namun hati kecilku mengatakan hatiku milikmu. Aku cuba menepisnya. Aku tidak sangka diriku mempunyai tempat dihatimu sebelum ini.     



Demi Islam, aku redha jka kau bukan milikku lagi. Ya, kita takkan selamanya rebah dalam kemelut rasa. Ku sedar, sekalipun  kita tidak berada diatas penyataan cinta namun kita tetap berada di atas penyatan cita-cita. Kita akan sama-sama bangkit menuju dan mendekati Allah. InsyaAllah. Semoga cita-cita dunawi & ukhrawi kan kau kecapi. InsyaAllah... 

Friday, December 16, 2011

Tandu



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan nyawa kepada kita. Semoga dengan ini kita tidak mensia-siakan nyawa yang masih dikandung badan dengan lebih memperbanyakkan amalan-amalan seharian kita.. InsyaAllah.. Saya teringat pesanan seorang sahabat, dia kata even amalan kita seharian tidak banyak tetapi kita ISTIQAMAH InsyaAllah, doa kita akan dimakbulkan.. Cuma lambat atau cepat, itu kita sebagai hambaNYA hanya mampu bertawakkal dan jangan cepat putus asa untuk berdoa..  Oleh itu, marilah kawan-kawan sama-sama kita mengistiqamah kan amalan kita seharian untuk menuju insan taqwa.. INSYAALLAH.... INSYAALLAH....
Adoi... Panjang pula... (Tidak apa, untuk perkongsian, Sharing is Caring) Ngeeee......=)
Sebenarnya entri saya kali ini pasal TANDU...
Semalam, saya dan kaka pi kenduri kahwin kawan kaka saya.. Nampak kan gambar di atas tu.. Itu lah give semalam.. Comel kan.. Bentuk tandu.. Biasanya give2 ni bunga telur, sapu tangan dsb. Kali ni tandu dibuat daripada kertas. Ter imagen pula saya gundik-gundik cina dalam drama tv..Huhu...

TaDaaa....
Cute kan.....


Mau tahu kenapa give dia berbentuk tandu...Sebab... pengantin perempuan adalah berbangsa cina tulin, hehe...Dan sekarang bergelar Mu'alaf.. Alhamdulillah.. Bertambah lagi umat Islam kita pada hari ini.. hehe... Memang cantik lah, cina tulin pakai tudung.. Sweet sangat...Saya doa kan pada pengantin baru semoga berkekalan hingga akhir hayat, diredhai dan dirahmati oleh NYA dialam baru ini, dan semoga cintanya pada agama baru (Islam) semakin hari semakin menebal.. Juga pesanan pada diri saya sendiri..Ermmm.... Bah... yalah.. mau tidur sudah ni.. Nanti esok lambat bangun pula.. 
Selamat malam semua kawan-kawan... Jaga diri, jangan lupa pesanan tadi tau (juga pd diri saya). Hehe...ZZZzzzz....

Wednesday, December 14, 2011

Perhiasan mu




Berwaspadalah kamu wahai orang -orang yang beriman. Ingatlah, ada barang-barang didunia ini yang boleh dipamerkan dan dilihat. Disamping itu, ada pula yang tidak boleh dipamerkan dan dilihatkan.


Wahai wanita-wanita yang beriman! Hendaklah kamu semua berpakaian menutup 'aurat. Setiap pergaulan dan percakapan mestilah berpandukan Islam. dari aspek-aspek inilah dapat diukur sejauh manakah keimanan kamu dalam melaksanakan suruhan Allah dan RasulNya.


Tanggungjawab yang anda semua lahirkan itu merupakan satu kaedah yang boleh menjadi tauladan kepada wanita-wanita yang lain. Disamping itu pula, dapat dibezakan di antara golongan beriman lagi beramal dengan golongan yang tidak beriman. Golongan beriman sudh tentu dihormati dan disegani oleh setiap golongan dan lapisan masyarakat.


Sebenarnya pemuda siuman lebih mengerti manakah gadis yang asli dan manakah pula gadis celupan , walaupun ditampal dengan seribu jenis alat solek, namun rugi di dunia dan di akhirat. di dunia, kamu ditertawakan atau dipermain-mainkan orang, sedangkan di akhirat pula, kamu pasti menerima siksaan.


Pujangga Arab pula ada berkata:
"Otak kolot gemarkan perhiasan.
Mental terpelajar tidak berhajat sebarang perhiasan".
Keadaan hidup orang terpelajar Islam adalah normal.
Mereka tidak tamak perhiasan yang banyak,
malahan ilmu pengetahuan yang ada di dada mereka sudah sukup sbagai perhiasan diri.


Ukuran manusia di hati dan lisannya,
bukan ukuran terletak di kot atau gaunnya. 


Copy dari seorang sahabat..
Marilah kawan-kawan sama-sama kita bermujahadah sentiasa dan bermuhasabah diri...
InsyaAllah....


Monday, December 12, 2011

Tundukkan Pandangan mu


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. "Sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. 
 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka.."(Surah An-Nur : 30 - 31)

Nabi Isa a.s bersabda yang maksudnya berbunyi: "siapa yang memandang ke arah wanita dengan perasaan berahi maka dia dianggap melakukan penzinaan dalam hati."

Memang benar apa yang dikatakan 'makanan mata lebih berharga daripada makanan mulut'. Malahan dengan melalui pandangan mata, seseorang itu terbuka selera untuk menjamah makanan yang dihidangkan di hadapannya. Keadaan ini semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita pada hari ini. 

Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina. 

Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan mata semata-mata, namun adalah menundukkan PERASAAN. 

Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkah SUKAR nya sebenarnya...

Oleh kerana itukita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan dunawi. kaun kita (Hawa), kuatkan jati diri kita dan lindungilah taman kita dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hak kita..

Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul

     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Assalamualaikum Waraahmattullahi wabarakatuh...

Tadi lepas isyak sebelum balik, sempat lagi 
tengok buku-buku yang ada di atas mini rak milik masjid Jamek ni. 
Sebenarnya tiada niat mau pinjam, 
just tengok-tengok sebab baru juga pulangkan buku kan. 
Tapi ada satu buku ni, dengan izin Allah... 
menggerakkan hati saya mengambilnya dan buku ini
bertajuk "Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul"... 
Ee.. mcm best best ja buku ni (dalam hati saya)..
Dan memang BEST...
Saya pun tulis nama dekat jadual peminjaman buku 
yang telah disediakan bagi memudahkan urusan peminjaman buku.
Dan apa yang membuatkan saya lebih tertarik dengan buku ni,
saya terbaca satu baris ayat, "Tiada Cinta Sebelum Kahwin"
Kawan saya pernah bagitau saya tentang ayat ni.
Masa dia bagitau tu, saya tidak faham maksud dia.
Mungkin ini lah jawapan dari persoalan kawan saya tu kan, 
Terima kasih Allah kerana menjumpakan saya dengan buku ini.. 
Sangat menjawab persoalan dikepala saya even baru sedikit saya membacanya.
Kena sangat dengan diri saya dan senario kita pada hari ini..
Baru sedikit saya membaca isi kandungan buku ini, 
namun terasa banyak yang terKESAN dihati kecil ku. huhu...
"Tiada Cinta Sebelum Kahwin". 
Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri,
menepis dugaan cinta lelaki, 
melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.
Cinta hanya untuk suami, takkan ku kongsi..
5 baris diatas (tulisan berwarna biru)
merupakan antara isi kandungan buku ini,
yg sudah membaca dan mempunyai buku ini mesti sudah tahu kn...
Alangkah indahnya jika saya salah satu daripada golongan seperti ini.. 
Image buku ni nanti saya upload ya..InsyaAllah
Ada masalah teknikal pula skrg ni. Ngeeee...
Oklah.. selamat malam semua.. maaf jika saya ada terkasar bahasa..
Baca doa sebelum tidur tau..(^_^)
ZZZzzzzzzzzz ....

Dua hari, Dua malam kemudian.....

TaDaaa......
Ini lah buku yang saya maksud kan tu....
Best... Baca la...


Saturday, December 10, 2011

My Book



Bissmillahhirrahmanirrahim...

Assalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Hari ini saya mau cerita pasal buku... 
Lepas balik dari kerja Isnin lepas 05/12/11 saya, kaka dan anak buah (FiQri) terus p pekan... 
Tujuan saya cuma satu ja, apa lagi kalau bukan pasal buku dekat atas tu.. 
Dan kaka saya pula mau beli ubat demam untuk fiQri.. dia sakit... tp mau juga ikut kami ni.. 
hmm.. Biasa lah, budak2.. Tidak mau tinggal.. Berbalik pada buku saya...
Sebelum ni lagi mmg sdh tgk2 buku ni, tp tdk beli2 lagi sbb tnggu ada duit lebih.. huhu..
Padahal masih ada lagi buku-buku dekat rumah yang masih belum habis saya baca. 
Tapi tdk apa kan, lain hari Insyaﷲ boleh baca juga kan.. Lagi pun apa salahnya kolesi buku... banyak membaca jambatan ilmu..

Insya dengan membeli dan MEMBACA isi kandungan dalam buku ni akan membuat kan saya sentiasa sedar akan kematian itu PASTI keoada setiap makhluk yang benyawa diatas muka bumi NYA dan semakin hari semakin hampir.. Yﷲ takutnya..  ﷲ huakhbar...
Disampping itu, dengan membaca buku ini Insyaﷲ dapat memuhasabahkan diri saya yang faqir ilmu dan insyaﷲ dapat meningkatkan iman saya yang kadang-kadang ini pandai naik turun draf iman di hati saya..
Dari mula beli hingga hari ini baru sampai muka surat 15 saya baca, kerana sibuk dengan  urusan dunawi... Astaghfirullah.... 
Ermmmm.... setakat ni, sampai diisini dulu lah ya.. Insyaﷲ jika ada peluang yanag terluang akan saya entri kan sesuatu dalam blog ni... 
Sebenrnya saya pun baru juga dalam dunia berblog-blogger ni.. masih tidak tahu apa2 lagi... 
Ok lah... minta diri dulu.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... 
Jaga diri semua...


Friday, October 28, 2011

new Life





Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan kami di atas muka bumi Mu ini..
Semua nya baru bagi ku di alam pekerjaan ini..
Namun aku tahu Kau maha Pengasih lagi maha Penyayang..
Jika aku punya masalah, Kau akan menolongku..