Sunday, January 29, 2012

Carilah Hatimu~



Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru…”

Kata-kata Imam al-Ghazali itu, sangat menyentuh jiwa ini, terutamanya sewaktu dilanda futur. Betul, iman manusia itu bak kata ulama’ ibarat air yang mendidih.

 Sesaat yang lalu mungkin kita boleh menangis dan menyesal dengan dosa-dosa yang lalu, tapi sesaat kemudian bila jumpa makanan jumpa sahabat, jumpa buku, kita lupa balik.
Solat maghrib kita mungkin khusyuk, tapi solat isyak kita nanti belum tentu lagi. Begitulah keadaan iman di hati.

Oleh itu, kita diseru untuk mencari hati, terutama ketika beribadah. Tapi, bagaimana yang dikatakan mencari hati itu? Watashi mo wakaranai kedo, kita rungkaikan sama-sama, InsyaAllah.

“Aku memang xde hati langsung nak masuk JAD. Datang ni pun sebab parents je”
“Aku ade hati kt die la, tolong adjust bley?”


Kalau kita lihat maksud hati dalam dialog di atas, dapat disimpulkan bahawa yang dimaksudkan adalah keinginan. Tak ada hati, tak ada keinginan. Ada hati, ada keinginan. Jadi, adakah maksud mencari hati yang dinyatakan oleh imam al-ghazali adalah mencari keinginan?


“Aku dah try sepenuh hati dah, tapi x boleh jugak…”
“ Tengok die makan sepenuh hati, rasa lapar la plak…”


Kalau dalam dialog di atas ni pula, sepenuh hati bagi saya adalah penuh kesungguhan. Minah dah cuba dengan bersungguh-sungguh, tapi dia tak boleh buat juga. Ajim pula makan dengan bersungguh-sungguh hingga membuatkan orang yang melihat pun terasa lapar. Jadi, mencari hati tu, mencari kesungguhan ke?
Wallahualam, saya juga tiada jawapannya. Tapi, menurut beberapa tafsiran yang saya baca, mencari hati dalam ayat ini bermaksud mencari ketenangan.


Fitrah setiap insan mahukan ketenangan dan kebahagiaan buat hati mereka. Pernah tak rasa hati tidak tenteram? Bagaimana kita mengubatinya? Buat tak tahu dan tengok tv? Atau call parents? Cari rakan untuk berkongsi? Pergi shopping? Ya, bermacam-macam perkara yang kita lakukan supaya memperoleh ketenangan hati. Dan sungguh, ketenangan itu susah untuk digapai kerana hati ini bukanlah milik kita. Hanya Dia Yang Maha Kuasa ke atas hati hamba-hambaNya.


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”(surah ar-Ra’du:28)


Lakukanlah apa-apa sahaja yang boleh mengingatkan kita tentang Allah SWT. Pasti ketenangan itu akan datang menjengah hati. Rasulullah SAW bersabda,


“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kekayaan hati.”


Kekayaan hati disini bermaksud merasa tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dikurniakanNya. Bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Cuba kita lihat para sahabat. Lihatlah Saidina Abu Bakar yang imannya jika ditimbang lebih berat daripada dunia dan seisinya.


Suatu ketika, ketika rasulullah sedang sakit, rasulullah meminta Abu Bakar untuk mengimamkan solat. Maka, kata Aisyah r.a., Ya rasulullah, orang tak akan faham apa yang dibaca ayahku ketika solat. Kerana apa? Kerana dengan membaca basmallah sahaja pun, Saidina Abu Bakar sudah teresak-esak menangis mengenangkan sifat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Itu saidina Abu Bakar, yang diuji Allah dengan kesusahan, keperitan hidup sewaktu diboikot, kemiskinan setelah masuk Islam dan lain-lain. Namun, beliau masih teguh dan mampu menangis mengenangkan kasih sayang Allah kepadanya.


Bagaimana pula dengan kita? Diberi kemewahan hidup, kebahagiaan keluarga, sahabat yang ramai dan baik-baik, kelas yang ber’aircond’, surau yang berkarpet dan lain-lain, tapi masih mempersoalkan terhadap kasih sayang Allah terhadap diri ini. Dimanakah hatimu?






“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang , gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpin pun.” (surah az-Zumar:23)


Gementarkah hati kita tika dibacakan ayat-ayat Allah? Termasukkah kita dikalangan hambaNya yang mendapat petunjuk?


Mungkin hati kita ada, tapi penuh dengan karat jahiliah. Kita dilahirkan dengan hati yang putih, namun kita sendiri yang menconteng pelbagai corak arang di atasnya. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia;


“Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? ” Rasulullah menjawab, “Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran”-(H.R Baihaqy)


Bersihkanlah ia. Semak-semak dalam kehidupan harian kita. Telahkah kita buka awal pagi kita setiap hari dengan hati yang bersyukur? Telahkah kita ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadap diri ini. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuhlah wajah, fikiran, pendengaran dan penglihatan kita daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikanlah solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat kita.


Seorang teman pernah mengingatkan, “kite kalau nak berubah luaran senang je, kalau rase nak labuhkan tudung, boleh beli dan pakai..tapi hati ni, hanya Allah yang tahu..”


Terima kasih teman kerana mengingatkan diri ini. Proses mencari hati bukanlah proses yang sekejap saya kira. Proses yang mengambil masa sepanjang umur kita mungkin. Kerana hati ini takkan pernah tetap. Hari ni kita ikhlas beramal, esok belum tentu lagi. Hari ini kita beroleh ketenangan, esok belum tentu lagi. Hari ini hati kita sihat, tiada jaminan ketika sakaratul maut nanti hati kita akan sebersih itu juga.


Jadi, sentiasalah muhasabah diri dan sentiasalah berusaha untuk mencari hati kita. Selagi punya masa perbetulkanlah niat untuk setiap amal kita.




Sesungguhnya hati itu milik Allah. Carilah hatimu, ketenanganmu, kesungguhanmu, juga keikhlasanmu dalam setiap amalmu. Kerana hati ini miliknya, dan hanya dia yang mengetahui isinya. Pohonlah padanya agar dilembutkan hati untuk merasai ketakutan azab-azabnya. Pohonlah diberi kefahaman dan penghayatan tika membaca ayat-ayatnya. Pohonlah diberi ketenangan dalam menjalani hidup seharian sebagai hambaNya. Pohonlah diberi keikhlasan dalam setiap amalan kita. Jika tak berjaya juga, pohonlah padanya agar dikurniakan hati yang baru, kerana hati yang kita miliki saat ini mungkin bukan yang terbaik untuk kita..

Azzariyat~

Friday, January 27, 2012

Satu Jalan Saja



Ya, dalam hidup kita ada pilihan. Tapi harus kita ingat, satu jalan saja yang boleh membawa kita masuk ke syurga Allah s.w.t
Kenapa kita sering menganggap hidup ini ada banyak jalan?
Kenapa perlu memilih antara usrah dan pergi menonton wayang?
Kenapa perlu memilih antara solat dan teruskan menonton drama melayu?
Kenapa perlu memilih antara bangun solat subuh dan teruskan tidur di katil empuk?


 “Bagi setiap umat telah Kami tetapkan syarat tertentu yang (harus) mereka amalkan, maka tidak sepantasnya mereka berbantahan dengan engkau dalam urusan (syariat) ini, dan serulah (mereka) kepada Tuhanmu. Sungguh, engkau (Muhammad) berada di jalan yang lurus.” (Al-Hajj 22:67)

 “Aku nak berubah tapi seakan ada halangan.”
Memang kalau kita nak berubah menjadi baik kita akan rasa ada halangan. Kerana musuh segala kebaikan itu tidak pernah putus asa menggoda kita melakukan kejahatan.
Siapa musuh kebaikan?


“(Iblis) menjawab, “Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan datangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mererka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.” (Al-‘Araf 7:16-17)



Oh, kalau macam tu susah lah nak lari dari syaitan. Syaitan dah kata tu dia akan datang dari depan belakang kiri kanan.
“Sabar-sabar. Belum habis lagi. Syaitan pun makhluk Allah juga. Allah ada berfirman lagi;



"sungguh, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pimpinan dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah.'' (Al-Nahl 16: 99-100)


” Macam mana nak jadi orang yang beriman?”
Kata Maher Zain, InsyaAllah, ada jalannya. 


Tuntutlah ilmu. Belajarlah tentang Islam, belajarlah tentang tauhid untuk mengenal Allah s.w.t, Pencipta kita. Kerana hanya orang yang mengenal Allah, akan menjalani hidup kerana Allah kerana mereka yakin dan percaya dengan apa yang Allah perintahkan.
Namun, jika kita masih memilih jalan jahiliah yang dipandu syaitan, mari kita muhasabah ayat ini.

“Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah disediakan, "Sesungguhnya allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sungguh, orang yang zalim akan mendapat seksaan yang pedih. 
(Surah Ibrahim 14:22)


Syaitan sendiri mengaku yang jalan yang dia seru itu adalah menyalahi seruan yang sebenar. Dan syaitan juga melepas diri dari menjadi pembela kita kelak.
Jadi tepuk dada, tanyalah iman. Mahukah lagi kita hidup dalam jahiliah, mengikut apa yang syaitan bisikan hingga kita terlupa, terlalai bahawa ada lagi perintah Allah yang kita belum kerjakan.




Jadi, sudahkah jelas dimata kita, jalan mana yang paling baik? Jalan mana yang memandu kita ke syurga Allah s.w.t? Ianya jalan menyeru orang kepada kebaikan.
” Baikilah diri dan serulah orang lain.”


Satu kata-kata, menunjukkan tarbiyyah dan dakwah itu bergerak seiringan.
Jadi, marilah susuri jalan dakwah, jalan menyeru orang lain kepada kebaikan dan kepada Allah s.w.t. Tapi jangan lupa, bekal untuk menyeru diri sendiri dan orang lain kepada kebaikan adalah tarbiyyah.



~Azzariyat~ 

Wednesday, January 25, 2012

Baju Melayu & Baju Kurung

Kenapa kita nak salahkan cinta, sedangkan cinta adalah satu perasaan fitrah, yang saya yakin 100% daripada kita mestilah pernah merasai keindahan cinta, betul tak? Cinta kepada ibubapa, cinta kepada abang, kakak, adik dan anak-anak saudara, cinta kepada sahabat, cinta kepada guru, cinta kepada barang-barang milik kita, cinta kepada kucing kesayangan.
Jadi, cinta itu adalah sebuah perasaan fitrah yang cukup indah, jika diletakkan pada tempat yang betul, jika diberikan kepada orang yang tepat, dengan CARA YANG BENAR mengikut landasan Islam.
"Tahu dengan tepat tak semestinya faham dengan jelas" (Ustazah Fatimah Syarha)
Kalau kita ditanya siapakah pemilik cinta kita yang utama? Saya sangat yakin bahawa setiap daripada kita pasti mampu untuk menjawab Allah. Dan siapakah pemilik cinta ini selepas Allah? Dan pastilah jawapan yang kedua adalah Rasulullah s.a.w.
Jadi, setiap daripada kita sebenarnya mempunyai pengetahuan yang sangat tepat tentang pemilik cinta yang utama. Tapi yang menjadi persoalannya, adakah kita benar-benar faham dengan jelas tentang hakikat ini?
Di mulut, kita kata cinta yang utama adalah Allah. Tapi realitinya yang sentiasa dalam fikiran kita, adakah benar ianya milik Allah?
Dalam sehari, berapa kali kita ingat Allah? Biar saya bagi jawapan- minimun 5 kali, 5 kali waktu solat. Itu masa yang kita peruntukkan untuk ingat pada Allah (Itupun kalau kita solat setiap waktu).




Dan dalam 5 kali tu, berapa minit kita ingat Allah? Saya bagi minimun waktu solat 1 kali 5 minit, 5 kali solat, 25 minit. Dibandingkan dengan masa sehari: 1440 min. Tolak waktu tidur, saya ambik 5 jam: Tinggal 1140 minit. Tolak dengan waktu solat, tinggallah 1115minit ~+/- 18 jam. Agak-agak 18 jam ni kita peruntukkan untuk apa ye? Study? Kerja? Sembang-sembang? Makan-makan? Atau teringatkan seseorang? (Itupun kalau solat kita betul-betul khusyuk. Kalau nak tolak lagi dengan minit-minit yang tak khusyuk, agak-agak berapa minit je yang tinggal untuk kita ingat Allah?)
Tadi kita kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Takkan lah orang bercinta kejap je ingat pada kekasih dia? Mustahil.... Orang bercinta kan biasanya hanyut dengan angan-angan, tak sabar setiap kali nak berdating, asyik nak bercakap dengan dia, berjumpa dengan dia, sebut nama dia pun dah cukup buatkan pipi blushing. Wah! Bercinta sakan! Paling best bila dapat hadiah daripada si dia. Hati berbunga-bunga dengan senyum yang tak boleh hilang.
Bila kita cinta kepada Allah, kita tak sabar-sabar nak menunggu waktu dating. Dan waktu dating yang Allah wajibkan kita rasa tak cukup. Jadi kita nak tambah lagi dengan solat sunat. Kalau dah rindu yang teramat, kita nak jumpa Allah pada waktu istimewa, waktu di mana orang yang tak cukup cinta kepada Allah takkan ada di sekeliling kita. Satu waktu yang hanya pencinta-pencinta Allah yang tahu dengan tepat, dan faham dengan jelas sahaja yang ada. Waktu di sepertiga malam, waktu yang cukup tenang. Hanya kita dan Dia.
Dan cintanya kita pada Allah, sebut je nama Allah rasa perasaan berdebar-debar.
"Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al-Anfal:2)

Dan terkadang pada saat-saat tertentu, bila mana kita sangat-sangat perlukan seseorang, kita sebut je nama Allah, sudah cukup untuk buatkan hati kita tenang. Inilah pemilik cinta kita yang sebenar.
"..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (Ar-Ra'd:28)
Dan yang paling syok, dengan Allah, kita boleh mintak APA-APA SAHAJA tanpa perlu kita memberi sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Tapi yang lagi best, Allah adalah pemilik cinta yang paling memahami. Dia tak bagi semua yang kita minta. Bukan Allah kedekut. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yang mungkin terkadang kita memberontak sebab tak dapat apa yang kita nak. Dan mungkin terkadang kita rasa nak merajuk. Dan Allah akan pujuk. Dan Dia akan bagi apa yang kita minta pada WAKTU YANG TEPAT, ataupun terkadang Allah berikan sesuatu yang lain daripada apa yang kita minta tapi ITULAH SEBENARNYA YANG TERBAIK buat kita. Pasti hati kita berbunga-bunga mekar dengan kuntuman sakura di dalam hati yang ada taman tu. Pada masa itulah mungkin baru kita akan sedar, siapakah pemilik cinta kita yang sebenar. Pastilah Dia, hanya Dia, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.  

iluvislam.com~~

Tuesday, January 24, 2012

Berdamailah Dengan Takdir

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,
"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."
Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.
~iluvislam.com

Antara Impian & Ujian


Impian yang sering kali kita harapkan kadang kala susah untuk kita laksanakan apatah lagi untuk dicapai. Sedangkan kita telah memiliki satu strategi dan pelan perlaksanaan yang begitu terperinci. 

Tetapi, mengapa kita masih gagal melaksanakannya? 
Cuba kita renung kembali, dimana kesilapan kita.
Adakah kegagalan ini berpunca daripada kerapuhan strategi kita ataupun kerana sikap kita sendiri?

Namun pada hakikatnya, sebaik manapun strategi yang telah kita susun dan seampuh manapun kekuatan yang kita kumpul, sekiranya kita masih gagal kembali kepada Allah, selagi itulah kita akan berada ditakuk yang lama. Dalam kita merancang pelbagai impian pada masa hadapan, kita kadang kala terlupa landasan yang sepatutnya kita pilih dalam merealisasikan impian tersebut. 

Sekiranya kita mempunyai impian untuk menjadi kaya, jalan apa yang perlu dipilih? Adakah jalan pintas yang memberikan kebahagian yang singkat atau jalan yang jauh namun memberi satu kepuasan? Semua ini adalah pilihan yang Allah telah berikan kepada kita. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia tetapi Allah turunkan hikmah serta keadilan terhadap sesuatu yang terjadi.
“Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka.”
(Surah Shad : 27)


Impian yang telah dirancang dengan begitu rapi itu sering kali gagal untuk dilaksanakan juga. Ikhtiar demi ikhtiar telah kita cuba namun hakikatnya, usaha itu masih belum membuahkan hasil. Allah tidak akan mengkabulkan sesuatu permintaan hamba-Nya dengan mudah tetapi Allah turunkan pelbagai ujian kepada hamba-Nya untuk menguji sejauh mana mereka bersama Allah. Ayuh kita renung kembali sirah perjuangan Rasulullah suatu ketika dahulu. Baginda amat mengimpikan agar Islam terus tersebar ke seluruh pelosok dunia ini. Tetapi, sepanjang Baginda memperjuangkan Islam. Allah menurunkan pelbagai ujian demi ujian terhadap baginda sepanjang merealisasikan impiannya untuk melihat Islam terus berkembanng ke serata dunia. Allah telah berfirman didalam Al-Quran ;

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Surah Al ‘Ankabut : 3)
Allah menurunkan ujian terhadap hamba-Nya bukan untuk menggagalkan impian setiap hamba-Nya tetapi Allah curahkan ujian demi ujian ini untuk melihat sejauh mana pergantunggan kita terhadap Allah. Ini adalah tanda bagaimana Allah begitu kasih terhadap kita.
Ujian inilah merupakan penghubung yang sangat kuat antara kita dengan-Nya. Kita telah diberikan satu formula yang amat berkesan iaitu ‘Usaha+Doa+Tawakkal’. Ini adalah formula yang terbaik dalam kita memastikan impian kita dapat terlaksana. Adakah kita mempraktikkan kataupun tidak? Lihat kembali diri anda...
Secara konklusinya, setiap insan dimuka bumi ini mempunyai 1001 impian dah harapan tetapi impian itu tidak akan dapat dikecapi sekiranya kita tidak kembali kepada Maha Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Setiap impian yang diimpikan itu pastinya akan disulami dengan pelbagai warna ujian daripada-Nya dalam memastikan impian yang bakal kita kecapi suatu masa nanti adalah impian yang benar-benar memberikan kenikmatan dan kepuasan yang tidak terhingga. Dan ingatlah, impian yang seharusnya ditanam dan disemai dalam diri kita adalah untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang baik dan bakal menjadi tetamu Syurga yang kekal abadi kelak. InsyaAllah.....

iluvislam.com~



Friday, January 20, 2012

Selamat Bercuti

Bissmillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Salam hari Jumaat yg penuh berkat ini... Semoga kita berada didalam keredhaan Ilahi...
Dan   Selamat bercuti kepada yang sedang dan akan bercuti..
Ngee....  Hati-hati dalam perjalanan balik rumah, jangan menyimpang tau.. Hehe.. saya tau anda semua orang yang baik-baik, mesti x sabar sampai rumah, kan..
Mungkin dalam cuti-cuti Malaysia, mesti ada tugasan-tugasan yang diberkan, kan...
Ermmm... rasanya sampai sini saja kot.. Huhu... Masih banyak kerja menunggu saya untuk siap kan..
Jaga diri semua.
Ma'assalamah
Ilaliqa'ie
Assalamualaikum (n_n)

Monday, January 16, 2012

Couple itu.................

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Couple itu....... haram.....
Ish3.. mcm susah saja nak kata haram kan.. tidak mau terima hakikat kah?


Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil 
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)
 *saya (lelaki) dlm cerita ini bukan merujuk kpd saya.. 


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..



Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..




Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .



copy dr seorang sahabat.. syukran jazilan ya ukhti.. (n_n)
Semoga kisah ini dapat memuhasabah dan memujahadah diri kita sama-sama dari semasa ke semasa..InsyaAllah...




~Mengalami kisah seperti diatas amatlah sukar dilalui, ditinggalkan kernaNYA.. 
Ngeee.... (~_~)  Tetapi, terima kasih ya Ilahi kerana dengan izinMU, dibenak fikiran ku  masih dapat memikirkan bahawa itulah yang terbaik untuk kami sebenarnya...
Dan memujuk hati dengan ayat-ayat cinta dari Allah SWT dimana;


Boleh kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (A-baqarah,ayat 216)


Selepas melaluinya pula.. aku bersyukur kerana Allah memilih saya dari salah satu hambaNYA merasai semua ini... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui~

Friday, January 13, 2012

10 macam daripada kekejaman


Sufyan atsauri berkata : " Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :
  1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak memnaca setarus ayat. (seratus ayat? sama2lah kita usahakan dan amalkan, InsyaAllah) 
  3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
  4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur
  5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang berjemaah
  6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seoranag alim, tiba-tiba tidak mahu belajar daripadanya
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menyanyakan nama kawannya itu.
  8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan
  10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak di beri dari makanannya itu.

Saturday, January 7, 2012

Apakah saya beriman


Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah, adakah saya sudah benar-benar beriman? Apakah orang seperti  saya telah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Adakah saya sungguh-sungguh menyedari bahawa kematian pasti akan mendatangi? 

Seorang mukmin merealisasikan iman dengan perbuatan dan perkataan. Iman bukan sekadar pada ucapan yang boleh dibuat gurauan. 

Hasan al-Basri berkata, "Iman bukanlah hanya angan-angan dan hiasan semata-mata. Ia adalah apa yang diyakini oleh hati, lalu direalisasikan dengan tindakan. Iman adalah keyakinan yang mengakar utuh dihati dan dibuktikan dengan kenyataan. Keyakinan itu tidak berubah, sehingga benar-benar  menancap kuat pada diri seseorang. "

Katanya lagi :-

"Celakalah manusia kerana angan-angannya : berkata tanpa amal, bermakrifah tanpa bersabar dan beriman tanpa keyakinan. Mengapa ada beberapa orang yang tidak memiliki akal. Ku dengar ucapannya akan tetapi tiada realitinya. 

Demi Allah, dia masuk ke suatu kaum lalu keluar. Mengerti tetapi mengingkari. Mengharamkan kemudian menghalalkan. Agama mereka hanya sebatas manis di bibir. Jika ditanya, 'adakah engkau beriman kepada Hari Akhirat"? mereka menjawab. "Ya', kemudian dibelakang itu dia mendustakannya. 

Ya Allah, masukkanlah aku didalam golongan sebenar-benar akhlak orang yang beriman iaitu mereka yang teguh dalam berpendirian dalam beragama, ada iman dalam keyakinan, ada ilmu dalam santunnya dan sentiasa berlaku santun dengan ilmu yang mereka ada. Ada ketegasan dalam kelembutan, ada kemurahan dalam kekayaannya. Sering menunaikan hak-hak yang dituntuti. Tidak membalas apa pun tika orang membuat sesuatu kepadanya. Ringan menghulurkan sebelum dipinta. Tidak pernah tenggelam dalam senda gurau yang sia-sia. Tidak mengunjing manusia. Tidak mengerjakan sesuatu yang tidak diketahuinya. Sungguh dia tidak pernah menolak kebenaran. Subahanallah, inilah akhlak orang-orang yang beriman. Tetapi, dimanakah mereka? Adakah saya termasuk sebahagian dari itu? (InsyaAllah) Bermujahadah dan muhasabah dirimu sentiasa lai...n_n

Friday, January 6, 2012

Ahlan Wa Sahlan 2012



Bissmillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... 
Salam hari Jumaat yang penuh berkat ini (setiap kali hari Jumaat datang mesti ada sesuatu aura yang lain menyapa diri ini, apakah memberiku semangat dan kekuatan  untuk menjadi insan yang solehah kerana diri ini selalu saja tergelincir dan tersungkur  dek kerana hasutan syaitan laknatullah). Ehem2, Ok.. berbalik pada tadi, sudah tentunya kita bersyukur pada Allah kerana memberi segala kenikmatan  kepada kita di dunia ini secara sedar mahu pun tidak sedar, kerana kekadang kealpaan kita menguasai diri, dimana kita masih bernafas hingga hari ini, memberi kita masa lapang untuk merehatkan diri daripada urusan duniawi yang tak habis-habis dan banyak lagi tanpa akal kita mampu untuk memikirkan kesemuanya..
Entri saya kali ini tidak lah sepenting mana.. nak ucapkan selamat datang tahun baru 2012 saja.. (Terlewat sudah kah saya).. nak kata saya busy, tak lah busy mana pun, sampai terlewat beberapa hari...(tidak ada idea kot) huhu... 



Bagaimana untuk aku terus menjadi dan menuju insan yang bertakwa ya Allah, 
Kadang-kadang untuk memahami perasaan naluriku sendiri, hatiku seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang ditetapkan. 


Dengan nama Allah, 
Aku pohon kepada-Mu ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini.
Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah kerana-Mu. Bukan hijrah kerana manusia, bukan juga kerana mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya. Berikan aku kekuatan melakukan hijrah ini, berikan aku petujuk-Mu bagaimana harusku muhasabah dan mujahadah diri ini untuk terus berada di atas jalan-Mu. Amin ya Rabb... 


Kepada kaum muslimin.. Selamat menunaikan  solat Jumaat dengan khusyuk ya..hehe....