Wednesday, February 29, 2012

Jauh




"Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu."
"Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu,
memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan,
 dia tidak suka kamu.
Manakala untuk lelaki biasa,
 yang menyukai kamu,
dia akan cuba mendekati kamu,
 dan ini pasti kamu tahu.
Cuma lelaki yang benar-benar baik,
 apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."
~Jauh~
"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu.
Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu.
Bukan sahaja tangan halus kamu,
bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu,
tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu.
 Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia,
 dan pada ketika dia sudah bersedia,
 dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah,
barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu.
Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu?
Sedaya upaya dia akan cuba menghindar,
kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara,
pada ketika itulah,
bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu,
dan 'mencengkam' hatinya pula.
Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya,
antara rindu baik dan zina hati.
Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."
"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah.
Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri,
dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu,
ketahuilah itulah lelaki baik,
kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu.

Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar,
pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu,
dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia.
Kamu taat pada perintah Tuhan,
kamu patuh pada larangan,
ibadat kamu tidak pernah berhenti,
dan semua itu adalah usaha.
Jodoh itukan misteri Tuhan,
selain mati dan rezeki.
Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu,
Selain itu percayakan ibu bapa kamu sekiranya mereka mahu memberi jodoh,
percayakan rakan-rakan yang kamu yakin bagus telahan hatinya kerana ibadatnya,
bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan jodoh.
Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah.
Cuma sahaja, perlu jugalah kamu ingat,
patuh dan taat kepada Allah itu,
bukan atas urusan mahu jodoh yang baik,
tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya.
Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu,
segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun,
dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan.
Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan,
iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya,
kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini,
tetapi ditangguh sehingga ke akhirat."

Men Are From Mars, Women Are From Venus




Lelaki dan wanita, berbeza dalam keperluan
perasaan,
berfikir,
bertutur,
 memahami,
reaksi,
cara memberi kasih sayang.
Seolah-olah mereka menuturkan bahasa yang suami/isteri tidak dapat memahami.
Perbezaan inilah yang perlu kita
pelajari,
ketahui, dan
hormati,
agar perasaan cinta suami isteri terus kekal subur dan mekar hingga ke syurga.
Kerana tidak tahu tentang perbezaan-perbezaan ini, mudah masalah dan konflik timbul dalam rumahtangga, dan sukar pula mencari penyelesaian dan jalan keluar untuk konflik tersebut. Perasaan marah mudah timbul, diri mudah berasa tension.
Seringkali suami dan isteri berada dalam konflik, apabila mereka menganggap bahawa pasangannya adalah seperti diri mereka, daripada aspek perasaan, fikiran, dan komunikasi. Suatu kesilapan juga apabila ada yang menganggap bahawa cara menyatakan cinta dan menerima cinta tiada perbezaan antara lelaki dan wanita.
1.      Apabila Mereka Berkomunikasi
Secara umumnya, apabila seorang lelaki berbicara dengan lelaki tentang masalah, bermakna dia berusaha mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dengan meminta bantuan rakannya. Maka mereka akan berbincang, agar jalan keluar ditemui untuk mengatasi masalah tersebut.
Dalam kehidupan rumahtangga, apabila isteri berbicara dan berkongsi perasaan tentang perkara-perkara hariannya (masalah luaran, bukan masalah rumahtangga) - terutama yang tidak menyenangkannya, suami mudah menganggap bahawa itu adalah suatu luahan masalah yang meminta cadangan solusi.
Ini adalah normal sekiranya adalah urusan antara lelaki. Namun tidak sebegitu antara lelaki-wanita atau suami-isteri. Apabila wanita membuat luahan tentang perkara yang tidak menyenangkan, tidak semestinya ia adalah luahan masalah yang berhajatkan kepada cadangan penyelesaian.
Maka suami apabila mendengar luahan tersebut, dengan niat baik ingin membantu, mula menganalisa satu demi satu yang diluahkan isteri, dan memberi cadangan demi cadangan, tetapi bukanlah itu sebenarnya yang dikehendaki. Isteri terus berasa tidak gembira, atau bertambah sedih.
Langkah yang betul yang perlu diambil oleh suami, yang benar-benar membantu, adalah mendengar dengan empati, cuba memahami dan menghayati, seolah-olah turut melalui situasi yang sama, tanpa cadangan solusi.
Bukanlah cadangan solusi itu perkara yang tidak elok, ia perkara yang penting, namun perlu juga dinilai faktor masa (bila), juga cara disampaikan (bagaimana).
Wanita berubah-ubah kondisinya, mengikut keadaan dan masa, dan umumnya boleh dibahagikan kepada 3 mode:
1.      Rasional
Mode ini wanita boleh dibawa berbincang, dan mampu mendengar cadangan solusi atau penambahbaikan.

2.      Empati
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah luaran. Mode ini wanita inginkan pendengar yang memahami. Tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.

3.      Emosional
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah dalaman (masalah suami-isteri). Juga tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.




1.      Belajar Menjadi Pendengar Yang Baik

Contohnya : Mary pulang ke rumah dengan hari yang meletihkan. Dia perlu dan mahu berkongsi perasaannya tentang hari tersebut.
Dia berkata, "Sungguh banyak yang perlu dilakukan, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri."
Tom berkata, "Awak perlu berhenti kerja itu. Awak tidak perlu bekerja keras. Cari sesuatu yang ingin awak lakukan."

Mary berkata, "Tetapi saya suka kerja saya. Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta."
Tom berkata, "Jangan dengar kepada mereka. Lakukan apa yang awak mampu lakukan."

Mary berkata, "Itulah apa yang saya buat! Saya tidak dapat percaya saya benar-benar terlupa untuk menelefon mak cik hari ini."
Tom berkata, "Jangan bimbang tentang hal itu, dia akan faham."

Mary berkata, "Adakah awak tahu apa yang dia lalui? Dia perlukan saya."
Tom berkata, "Awak terlalu risau, sebab itu awak tidak gembira."

Mary marah berkata, "Saya tidaklah selalu sedih. Tak bolehkah awak hanya dengar?"
Tom berkata, "Saya sedang dengarlah ni."
Selepas perbualan ini, Mary lebih kecewa daripada apabila dia tiba di rumah. Tom juga kecewa dan tidak tahu apa yang tidak kena. Dia mahu membantu, tetapi taktik penyelesaian masalah itu tidak berhasil.

Tom tidak tahu apa yang diperlukan dan diinginkan oleh Mary. Tom juga tidak memahami betapa pentingnya untuk dia hanya mendengar tanpa menawarkan penyelesaian. Penyelesaian hanya memburukkan lagi keadaan. Cara untuk memberi sokongan dan membantu adalah dengan mendengar - dengan sabar dan empati, dan berusaha untuk benar-benar memahami perasaan Mary.

Tom tidak tahu pada awalnya bahawa hanya mendengar dengan empati Mary mengekspresikan perasaannya akan membantu menggembirakan Mary. Apabila Tom tahu betapa Mary perlu untuk meluahkan perasaannya dan didengari, beliau secara beransur-ansur belajar menjadi pendengar yang baik.
Hasilnya, apabila Mary pulang ke rumah dalam keletihan, perbualan mereka agak berbeza.
Mary berkata, "Begitu banyak yang perlu dilakukan. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat."
Tom mengambil nafas panjang, menghembus nafas, dan berkata, "Awak seperti melalui hari yang amat sukar."

Mary berkata, "Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."
Tom berhenti sejenak dan kemudian berkata, " Hmmm."

Mary berkata, "Saya bahkan lupa untuk menelefon mak cik."
Tom berkata dengan dahi yang sedikit berkedut, "Oh, tidak."

Mary berkata, "Dia memerlukan amat saya sekarang. Saya rasa bersalah."
Tom berkata, "Awak memang seorang yang penyayang."

Tom kemudian memeluk mesra Mary. Mary kemudiannya berkata, "Saya suka bercakap dengan awak. Terima kasih kerana mendengar. Saya rasa lebih tenang."


2.   Kenali Dia
Know our spouse, and let our spouse know about ourself.
Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, isteri perlu belajar dan berusaha mengenali suami. Isteri perlu memberitahu tentang diri kepada suami, suami perlu memberitahu tentang diri kepada isteri.
Wujudkan sesi khas tazkirah dan perbincangan mingguan secara konsisten. Semoga perasaan cinta dan kasih saying bait Muslim terus mekar hingga ke hujung hayat dibawah naungan cinta Ilahi.


Saturday, February 18, 2012

ALLAH itu SWEET~~



Allah, tuhan kita itu sebenarnya maha sweet.
Cuma kita sebagai hambaNya sahaja yang tidak mahu ambil tahu.
Bila kita sedih, Dia memberikan kata-kata semangat kepada kita sehingga kita bole tertawa semula.
Apabila kita bingung menghadapi masalah, Dia yang menunjukkan jalan keluar yang membuat kita tenang kembali.
Bila kita sendirian, keseorangan, Dia pasti tidak akan meninggalkan kita.
Malah sentiasa berasa di samping kita.
Yang penting kita pinta kepadaNya.
Minta dengan sesungguh hati dan berulang-ulang kali.
Itu yang Allah suka. Itu yang Allah rindukan dari hamba-hambaNya.
Kadang-kadang, Dia sengaja beri kita ujian.
Sebab Dia rindu nak dengar suara kita mengadu kepadaNya.



Seperti surah al-Baqarah 2:186,
Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat,
Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu,
hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku,
dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.



Itulah pesanan seorang okhowat kepada sahabat penulis itu. Teringat sahaja kisah ini, pasti penulis akan bermuhasabah diri. Mengimbau ujian-ujian yang telah Dia berikan kepada penulis. Alhamdulillah.
Fikir—fikirkanlah berkenaan dua jenis meminta. Sama ada pembaca mahu menjadi peminta yang positif atau peminta yang negatif. Untuk mengakhiri entri ini, sama-samalah kita bermuhasabah diri untuk mencapai redha Ilahi yang menjadi tiket untuk kita Jannah. 
Assalamualaikum. 

Berkata Dengan Perkataan Yang Baik Atau Diam


AssalamualaikumWarahmatulli Wabarakatuh....
Terasa lama tdk mengentrikan sesuatu dalam blog saya.
Adalah sebab-sebab tertentu.. Huhuhu~~


Masa hujung minggu saya habiskan dengan macam-macam benda yang saya buat, Mengemas rumah, menjahit baju kurung (klu ada kain bru beli lah), masak(kadang2) huhu~~ knp kadang2.. sbb kdg2 kaka saya yg masak.. lagi pun kadang2 datang penyakit malas... Astaghfirullah, selain itu membaca dan termasuklah online. Hehe~~ Yang lain rasanya tdk perlu lah bgtau kn.. Nanti lain pula cerita daripada yg hendak saya entrikan.  Huhu~~
Masa hujung minggu saya ada terbaca sesuatu yg sangat bermanfaat bagi diri saya, terasa nak share dengan anda semua...


Yes, anda memang bijak.. Iaitu Berkata Dengan Perkataan Yang Baik Atau Diam, dan anda sememang bijak kerana rasanya anda semua sedia maklum... 

Lisan adalah anggota badan yang paling banyak melakukan aktiviti, paling banyak mendatangkan pahala dan yang paling banyak pula menyebabkan dosa. Lisan termasuk nikmat Allah yang paling aneh, lembut dan ajaib. Kecil bentuknya, tetapi besar ketaatan dan dosanya. Lisan mempu menjadi saksi atas perbuatan yang kufur dan iman. Siapa yang membiarkan lisannya meluncur laju, syaitan akan menjerumuskannya kepada kehancuran. Tidak ada yang selamat daripada keburukan lisan kecuali orang yang mengikat  lisannya dengan syariat atau menggunakannya untuk perkara-perkara yang bermanfaat di dunia dan akhirat. 


Islam mengajar kepada kita, jika seseorang ingin bicara, hendaklah dia berfikir terlebih dahulu. Sekirannya perbicaraan itu mendatangkan manfaat, teruskan. Tetapi sekianya perbicaraan itu menyebabkan mudarat, hendaklah ditinggalkan. Selain hadis ini, banyak hadis lain yang menyebutkan keutamaan diam. Antaranya hadis Sufyan as-Safaqi dengan katanya. “Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, apa yang paling engkau takutkan padaku?’ Baginda menjawab, ‘Ini (sambil baginda memegang lisannya).’ (HR Tirmizi)


Rasulullah SAW juga bersabda, “Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat daripada lisan dan tangannya, dan seorang muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kita perlu sedar bahawa apa sahaja yang keluar daripada lisan kita dinilai oleh Allah. Tidak ada ucapan pun yang keluar daripada lisan kita melainkan ada malaikat pengawas yang selalu mencatatnya.


Allah berfirman : “sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertangganungjawabkan.”


Allah berfirman juga : “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisi-Nya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

Begitu banyak kebaikan yang disebabkan oleh lisan dan banyak pula kerosakan dan kesengsaraan yang diakibatkannya. Kala lisan kita enggan untuk berbicara baik, saat itu lebih baik kita diam kerana banyak bicara menyebabkan kita banyak salah dan banyak salah menyebabkan kita banyak dosa. 

Manusia sepatutnya berbicara sesuai dengan keperluannya. Sama seperti dia tidak perlu menafkahkan sebahagian daripada hasil usahanya kecuali sesuai dengan keperluannya sahaja. 

Rasa tertarik dengan ayat-ayat ini lebih-lebih lagi ayat ini,  ~Kita tidak akan dapat menggapai hakikat keimanan sehingga kita mampu menjaga lisan kita. Keimana kita juga tidak akan lurus sehingga hati kita lurus dan hati kita tidak akan lurus sehingga perkataan kita lurus. ~ betulkan, anda rasa? Ayat ini sangat memuhasabah kan diri saya yang selalu saja tersungkur dengan macam-macam fatamogana dunia. 

Jom, sama-sama muhasabah diri...