Monday, March 19, 2012

Yang Wajib Menutup Aurat, bukan Bertudung

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Di luar tudung di dalam (hati).
InsyaAllah sama-sama kita buang perangai suka mengumpat,                                                                                             
suka berdengki,
suka berbangga,
ego,
riak
dan lain-lain penyakit hati.
Kalau sudah mula menutup aurat
elak-elaklah diri dari suka bertengkar.
Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.
Sentiasa bermanis muka.
Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Serahkan pada Allah tentang jodoh.
Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada pengaturan Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain.
Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja.
Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut.
Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi.
Buang sikap suka mengumpat,
Buang sifat suka mengkeji dan mengata hal orang lain.
Jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
~cahayaIslam~