Friday, July 27, 2012

Merealisasikan pengampunan dibulan mulia


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Selawat junjungan Nabi yang sangat dirindui Muhammad SAW
             Bulan Ramadan telah tiba. Musim pengampunan telah banyak menyapa kaum mukmin yang bersungguh-sungguh ingin meraih keistimewaannya. Musim pengampunan telah datang selama org2 yang merindukannya, menunggu keampunan, rahmat dan pembebasan Allah SWT daripada api neraka.
             Setelah melewati hari dan malam yg pjg & melelahkan, hari yg nenjauh, memburukkan & menghalang mereka dari pintu Allah, melewati hari yg pjg yg melalaikan, terlena dgn alam akhirat, setelah hr yg pjg melalaikan utk mempersiapkan dr membawa bekalan yg ckup utk menghadap Allah, menunda taubat, pjg angan-angan dlm kehidupan yang fana, maka jika tidak mempersiapkan diri dengan baik, nescaya pada hari kiamat, dia mendapati dirinya mengalami kerugian yang besar... Jom sama-sama muhasabah diri.. 
              Musim pengampunan telah disampaikan oleh Rasulullah SAW kpd org2 yang beriman telah tiba di hadapan kita. Hal ini sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah SAW  :

"Barangsiapa yg berpuasa di bulan Ramadan kerana beriman dan hanya mengharapkan pahala, maka Allah SWT akan mengampunkan dosanya yg telah lalu." 
(HR Bukhari dan Muslim)

 1. Susun program untuk merealisaikan faktor tercapainya pengampunan pada bln Ramadan.

-menanam susunan tersebut dlm hati.
-berusaha sekuat tenaga dan penuh perhitungan utk meminta pertolongan dari Allah SWT merasa rendah diri dihadapanNYA. 
-bertekad utk melaksanakan faktor yg menghantar kt menggapai pengampunan wlu sebesar apa pun pengorbanan yg dicurahkan.
-org2 yg beriman hendaklah menjadikan pencapaian pertama sebagai alamat. Meyakini bahawa jika mahu menghadap Allah dgn tulus ikhlas, maka Allah akan membuka dan menerima taubatnya. 

 (a) Taubat 

-Bertaubat selama bulan Ramadan merupakan bekalan penting yg harus dibawa seseorang utk menyambut bln suci tersebut. 
-Apabila seseorang mahu bertaubat ketika bln Ramadan, maka dia akan keluar dari bln Ramadan dgn berbekalkan taubat dan keampunan. Apabila seseorang menyanbut Ramadan dengan bertaubat dan solat mlm, maka dia akn keluar dari bulan Ramadan dengan taubat dan solat mlm. Dia akn keluar dari bulan Ramadan denga membawa puasa bersama Allah, membawa zikir kpd Allah, membawa membaca Al-Quran bersama Allah, memnawa kebaikan bersama Allah, membawa kerinduan, rasa cinta dan ketaatan kpd Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi. Inilah perjuangan pertama.

(b) Baca Al-Quran

-perjuangan kedua adalah membaca Al-Quran. 
-Inilah Al-Quran yg diturunkan oleh Allah SWT sbg rahmat bg hambaNya, pelita bg jiwa dan perbuatan serta petunjuk mereka utk menghadap Allah SWT. 
-selain itu, Al-Quran memberi keberkatan, penawar drpd berbagai jenis penyakit dan petunjuk bagi mereka. 
-Sabda Rasulullah SAW :

"Kalian hendaklah membaca Al-Quran kerana ia akan datang utk memberi syafaat kpd para pembacanya." (HR Muslim)

 Perhatikan hadis Rasulullah yg menjelaskan ttg pengertian adalah as-sahihain disebukan bahawa pada suatu hari,Rasulullah bermimpi. Dalam mimpinya, baginda melihat seorang lelaki tidur telentang dan seorang lelaki lain berdiri di sampingnya dengan menggenggam sebiji batu besar. Kemudian orang yg berdiri tersebut meremukkan kepala orang yg tidur telentang itu-maksudnya, memecahkan tempurung kepala hingga otaknya terburai hingga batu tersebut berlumuran darah. Lalu, dia mengambil otaknya. Setelah itu, kepala tersebut kembali utuh seperti sedia kala. Kemudian org yg berdiri kembali meremukkan kepalanya dengan batu tersebut dan melakukan seperti yang dilakukan kali pertama hingga kiamat. Menyaksikan kejadian tersebut, Rasulullah SAW bertanya, “ siapakah lelaki yg dipukul itu?” Malaikat menjawab, “dialah org yg telah mendapatkan al-Quran daripada Allah SWT, tetapi dia tidak membacanya pada waktu malam dan tidak mengamalkannya pada waktu siang.” (HR Bukhari)

Dalam riwayat lain disebutkan :
“Apabila malaikat maut menemui seseorang, maka Allah SWT memerintahkan kepadanya, “ciumlah kepalanya.” Malaikat menjawab, “aku mencium aroma al-Quran.” Lalu, Allah SWT memerintahkan lagi, “ciumlah hatinya!” Malaikat menjawab, “aku mencium aroma solat malam.” Kemudian malaikat tersebut berkata, “semoga Allah SWT  melindunginya.” Maka, Allah SWT pun melindunginua.” Semoga Allah SWT menjaga dirinya.” Maka, Allah SWT pun menjaganya.”

Sesungguhnya al-Quran sebagaimana yg disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis sahih, pada hari kiamat nanti akan menemui pembacanya. Setelah kubur pembaca al-Quran terbelah, maka dia keluar dengan raut muka yg pucat dan keadaan tubuh yg kurus. Al-Quran berkata, “adakah kamu mengenaliku? Aku yg membuatmu merasa dahaga pada musim panas dan membuatmu tidak tidur malam.  Sesungguhnya ssetiap orang bergantung pada perniagaannya. Lalu, dengan tangan kiri dia menerima keabadian (syurga), sedangkan mahkota kehormatan diletakkan di atas kepalanya. Kemudian dikatakan kepadanya, “bacalah, dan beristirehatlah di kamar syurga, di lantau syurga lengkap dengan kamarnya. “Orang terseut terus naik selagu dia terus membaca al-Quran. 

-kini, tibalah masanya utk merealisasikan semua itu.
-ketika Allah SWT menyatukan semua pengertian tersebut, maka bulan Ramadan mempunyai nilai dan keharusan yg perlu diperhatikan setiap orang. Ertinya, orang tersebut hendaklah mengubah perilaku kebiasaannya sehingga pengampunan yg dijanjikan pd bln Ramadan dicapainya.
-Dgn demikian, dia akn keluar daripada kebiasaan perlaku  buruk seperti ketika tidur, makan, berbicara, melakukan aktiviti, menggerakkan anggota badan, ketika dtg dan pergi.
-org yg mengkehendaki pengampunan daripada Allah SWT dan bebas daripada api neraka, maka perilaku dan kebiasaannya haruslah mengalami PERUBAHAN
-Jadi, makanan dan minuman bukanlah tujuan. Itulah prinsip berpuasa bagi orang-orang yg beriman dlm mencari pengampunan selama Ramadan. 



1. Berjuang dlm rangka merealisasikan rancangan Ramadan dgn Takwa

-Allah SWT tidak menginginkan anda utk mjd org yg bertakwa pd bln Ramadan sahaj, kemudian anda kembali pd kemaksiatan, kelalaian, melakukan hal-hal yg tidak bermanfaat, jauh dr jln Allah SWT dan tenggelam dlm gemerlapnya dunia dgn segala kenikmatan yg menghiasinya setelah Ramadan berlalu.
-Tidak diragukan lagi bahawa bulan yg agung ini, dengan keutamaannya, berbagai amal kebaikannya dan keimanan yg menghiasinya dimaksudkan sebagai proses latihan bagi orang-orang yg beriman utk mencapai ketakwaan pd bln Ramadan, membersihkan hati dan jiwa dan merealisasikan maksud ini pada bulan Ramadan dan diluar Ramadan.
-Allah SWT menginginkan kita utk menjadi org2 yg bertakwa setiap masa. Jika tidak, maka apalah erti disyariatkannya puasa Ramadan yg dimaksudkan utk mencetak kita sebagai muslim yg bertakwa. Namun ketika Ramadan berlalu, kita kembali seperti semua, tidak bertakwa dan tidak mahu menghadap kepadaNya, tidak memiliki rasa cinta kpd Allah, tidak mahu berzikir, tidak mahu solat dan berpuasa.
-Inilah hakikat disyariatkannya puasa Ramadan agar seseorang dapat melewatinya dengan baik dan berhasil. Setelah itu, kita akan melihat manfaat dan pengaruh positif tersebut ketika beribadah kpd Allah SWT dan bertaubat kpdNya setelah Ramadan berlalu. InsyaAllah kita berasa tenang dan tenteram disisiNya.
Kalau ikutkan banyak lagi ni.. InsyaAllah kita sama-sama bersungguh-sungguh memanfaatkan bulan Ramadan. InsyaAllah Ramadan kali penuh makna berbanding sebelum ini..

Monday, May 14, 2012

Maafkan ku yang sering melupakan Mu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Selawat junjungan Nabi yang sangat dirindui Muhammad SAW untuk menatap wajahnya (layak kah umat ini)..

Terasa saban hari semakin cepat masa berlalu, dan saban hari juga terasa diri semakin jauh dari Pemilik Dunia ini.  Astaghfirullah.. Tiadalah gunanya di dunia jika hidup tanpa iman dan islam.. Sedar dengan semua itu, pun begitu kadang masih tergelincir dari landasanNya.

Bagaimana ku ingin mengadu pada Mu, sedangkan segala Kau lebih Mengetahui dari diri ku ini.. Astaghfirullahhalazim... Maaf kan aku ya Allah yang sering melupakan Mu.

Saturday, April 21, 2012

Remaja! Jom Muhasabah


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
 yang dirindui.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Remaja! Jom Muhasabah... Eh, masih dikira remaja kah aku ni? 
xapa la, yang penting benda baik.. Muhasabah diri. Yes, benda itulah yg hendak saya share dengan anda.. Artikel ni saya putik dari laman islamik.


Firman Allah S.W.T:

[1]Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya

(Surah Al-Mu’minun 23: 1-9)



Remaja. Ya, anda. Jom! Mari kita sama-sama bermuhasabah. Melalui garis panduan yang telah Allah tunjukkan kepada kita dalam 9 ayat daripada Surah Al-Mu’minun ini, dapatlah kita sama-sama melihat. Muhasabah kembali. Apakah kita layak menjadi orang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya?
Di ayat yang pertama lagi. ”Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,” kita telah mampu membuat gambaran melalui first impression, dan menambah keyakinan dalam hati kita bahawa agama Islam merupakan agama yang sempurna. Tiada yang perlu diragui lagi. Tak dapat disangkal lagi. Yakinlah wahai remaja sekalian! Islam bukanlah agama yang mengongkong kita. Islam juga bukanlah agama yang ekstrim. Malah, Islam adalah cara hidup. Mari kita perhatikan Firman Allah S.W.T yang berikut:


”Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan menyeluruh”
(Al-Baqarah 2: 208)


Ramai dalam kalangan kita yang solat. Mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita ”Aku menunaikan solat, tapi mengapa aku masih sukar atau sering melakukan ma’siat, sedangkan Allah pernah berfirman:



“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
(al-Ankabut: 45)



Sahabat sekalian, mari mencari jawapannya. Saya percaya anda sendiri sudah sedar bukan? Perhatikan kembali ayat kedua dalam Surah Al-Mu’minun tadi. “ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;” Khusyuk kah kita dalam solat? Cuma kita sendiri yang dapat menilainya.
Oleh itu sahabat, disinilah pentingnya ilmu. Memperbaiki cara solat kita. Janganlah biarkan pemikiran kuno mempengaruhi kita. Pemikiran seperti ”Tiada ustaz yang nak ajar kami, jadi kami tak tahu. Tak apa, sesungguhnya Allah Maha Mengasihani, Allah tidak menyeksa hambanya yang tak tahu. Allah itu tidak zalim. Tak Mengapa.”

Benar, Allah tidak zalim. Tapi sahabat, bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan di zaman ini. Menuntut ilmu tidaklah sesukar para ulama dahulu. Walaupun dalam ketika kerosakan ummah sedang berlaku, ianya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk menuntut dan mencari ilmu agama bagi memantapkan akidah dan ibadah kita. Juga, ketahuilah bahawa menyempurnakan solat kita juga merupakan satu tuntutan. Inisiatif perlu diambil bagi mencari ustaz atau guru untuk mengajar kita dalam hal ini. Ingatlah, ilmu itu tidak datang dengan sendirinya. Tiada kejayaan yang datang dengan sendiri. Allah S.W.T berfirman:



”Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)” (An-Najm 53: 39-40)



Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita melalui kaedah bermuhasabah ini. Sedarkah kita, bahawa kitalah generasi yang akan menerajui perjuangan Islam dan pelapis pemimpin negara setelah perginya pemimpin-pemimpin yang dihormati sekarang. Sahabat, mungkin kita semua perlu menjadi pakar dalam bidang masing-masing seperti Pakar Teknologi, Pakar Math, Pakar Biologi, Pakar Fizik, Pakar Kimia dan lain-lain. Kita harus bergabung bagi membentuk sebuah empayar Islam yang baru! Generasi dahulu telah membuktikannya! Takkan kita hanya hanyut dan lena dibuai kisah cinta sahaja?
Mari kita soroti kembali kisah kejayaan seorang tokoh ilmuwan Islam yang tak asing lagi bagi kita. Beliau adalah Ibnu Sina. Ibnu Sina atau dikenali sebagai Avicenna di Negara Barat telah mengkhatamkan hafazan Al Quran pada usia yang sangat muda dan telah dapat menjaganya dengan baik pada usia 10 tahun. 
Kegigihan beliau dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan lagi dengan terhasilnya karya yang sangat terkenal dan menjadi sumber rujukan selama berabad-abad iaitu Qanun fi Thib (Canon of Medicine). Ibnu Sina telah dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku “Metafizik Aristotle” sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.

Seperti ilmuwan lain Ibnu Nafis, Ibnu Sina, Al-Batani, Newton, Einstein, Kepler, Plato, Aristotle dan ramai lagi ahli ilmu, ahli falsafah dan ahli fikir memulakan aktiviti saintifiknya dengan berfikir. Genius ini ialah memiliki kekuatan berfikir yang luar biasa. Bila melihat langit, bintang-bintang, system cakerawala, hujan yang turun, petir dan kilat yang sambar menyambar, sakit dan kematian, ia mendorong mereka berfikir. Hasil daripada pemikiranlah yang melahirkan tanggapan dan kesimpulan terhadap sesuatu. Daripadanya, suburlah ilmu dan kehidupan akan menjadi lebih bermakna.

Mari kita sama-sama menghayati Firman Allah S.W.T:


“dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepadaKu”
(Az-Zariyat 51:56)



Hakikatnya, setiap apa yang kita lakukan adalah untuk Allah. Setiap kejayaan yang diraih. Setiap kegagalan yang menduga. Setiap nikmat yang dikurniakan. Setiap musibah yang melanda. Semuanya telah Allah tetapkan. Semua itu adalah dalam pengetahuanNya. Redha dengan ketentuanNya merupakan satu kekuatan yang amat besar. Satu kisah yang diceritakan, bahawa si fulan bertanya kepada seorang kanak-kanak yang kematian ayah kandungnya di Afghanistan akibat ditembak oleh musuh Allah, “Kamu tak sedihkah? Sedangkan ayah kamu mati ditembak oleh musuhNya?” Kanak-kanak itu menjawab tanpa ada riak sedih pada wajahnya “Tak. Ayah aku tak mati. Dia cuma pergi berjumpa Allah di alam lain”. Subhanallah. Sebegitu kuat keyakinannya terhadap agama ini. Walaupun pada kebiasaannya, seorang kanak-kanak seusia 8 tahun itu akan menangis meratapi pemergian ayahnya. Tetapi tidak pada kenak-kanak ini. Allah S.W.T berfirman:


“Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya mereka hidup tapi kamu tidak menyedarinya” (Al-Baqarah 2 : 154)



Akhir kalam, saudara sekalian. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepadaNya kerana masih dikurniakan nikmat paling besar dalam kehidupan insan. Tanpanya, kehidupan insan itu tak lagi bernilai. Itulah nikmat iman. Marilah kita mengukuhkan iman dengan ketaatan kepadaNya.
Semoga apa yang kita perolehi, dapat sama-sama kita amal dan sampaikan. InyaAllah.


~KONGSI KEINDAHAN ISLAM~