Tuesday, April 17, 2012

Air Mata

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Entri saya hari ini berkenaan air mata.
Mau share dengan anda semua.. ya, rasanya ada yang sedia maklum kn...tak pa kita share lagi a...
*     
    Air mata yang tidak di tuntut
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
  • Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
*      
      Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua

4 comments:

  1. Air mata yang menitis kerana Allah, menjadi saksi untuk menyelamatkan diri daripada neraka. Syukron. :)

    ReplyDelete
  2. Asif sangat-sangat jika ada membuat kesilapan. Semua berlaku dengan kehendakNYA. Tidak sengaja dan disengajakan. Semua yang berlaku ada hikmah.

    ReplyDelete
  3. Semua berlaku ada hikmah, sekalipun kita terluka, atau gembira. Tiada salah siapa-siapa, Allah turunkan ujian. :)

    Apapun, ana minta maaf, sebab mendatangkan sesuatu yang boleh membawa mudarat. syukron. :)

    ReplyDelete