Saturday, February 18, 2012

Berkata Dengan Perkataan Yang Baik Atau Diam


AssalamualaikumWarahmatulli Wabarakatuh....
Terasa lama tdk mengentrikan sesuatu dalam blog saya.
Adalah sebab-sebab tertentu.. Huhuhu~~


Masa hujung minggu saya habiskan dengan macam-macam benda yang saya buat, Mengemas rumah, menjahit baju kurung (klu ada kain bru beli lah), masak(kadang2) huhu~~ knp kadang2.. sbb kdg2 kaka saya yg masak.. lagi pun kadang2 datang penyakit malas... Astaghfirullah, selain itu membaca dan termasuklah online. Hehe~~ Yang lain rasanya tdk perlu lah bgtau kn.. Nanti lain pula cerita daripada yg hendak saya entrikan.  Huhu~~
Masa hujung minggu saya ada terbaca sesuatu yg sangat bermanfaat bagi diri saya, terasa nak share dengan anda semua...


Yes, anda memang bijak.. Iaitu Berkata Dengan Perkataan Yang Baik Atau Diam, dan anda sememang bijak kerana rasanya anda semua sedia maklum... 

Lisan adalah anggota badan yang paling banyak melakukan aktiviti, paling banyak mendatangkan pahala dan yang paling banyak pula menyebabkan dosa. Lisan termasuk nikmat Allah yang paling aneh, lembut dan ajaib. Kecil bentuknya, tetapi besar ketaatan dan dosanya. Lisan mempu menjadi saksi atas perbuatan yang kufur dan iman. Siapa yang membiarkan lisannya meluncur laju, syaitan akan menjerumuskannya kepada kehancuran. Tidak ada yang selamat daripada keburukan lisan kecuali orang yang mengikat  lisannya dengan syariat atau menggunakannya untuk perkara-perkara yang bermanfaat di dunia dan akhirat. 


Islam mengajar kepada kita, jika seseorang ingin bicara, hendaklah dia berfikir terlebih dahulu. Sekirannya perbicaraan itu mendatangkan manfaat, teruskan. Tetapi sekianya perbicaraan itu menyebabkan mudarat, hendaklah ditinggalkan. Selain hadis ini, banyak hadis lain yang menyebutkan keutamaan diam. Antaranya hadis Sufyan as-Safaqi dengan katanya. “Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, apa yang paling engkau takutkan padaku?’ Baginda menjawab, ‘Ini (sambil baginda memegang lisannya).’ (HR Tirmizi)


Rasulullah SAW juga bersabda, “Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat daripada lisan dan tangannya, dan seorang muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kita perlu sedar bahawa apa sahaja yang keluar daripada lisan kita dinilai oleh Allah. Tidak ada ucapan pun yang keluar daripada lisan kita melainkan ada malaikat pengawas yang selalu mencatatnya.


Allah berfirman : “sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertangganungjawabkan.”


Allah berfirman juga : “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisi-Nya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

Begitu banyak kebaikan yang disebabkan oleh lisan dan banyak pula kerosakan dan kesengsaraan yang diakibatkannya. Kala lisan kita enggan untuk berbicara baik, saat itu lebih baik kita diam kerana banyak bicara menyebabkan kita banyak salah dan banyak salah menyebabkan kita banyak dosa. 

Manusia sepatutnya berbicara sesuai dengan keperluannya. Sama seperti dia tidak perlu menafkahkan sebahagian daripada hasil usahanya kecuali sesuai dengan keperluannya sahaja. 

Rasa tertarik dengan ayat-ayat ini lebih-lebih lagi ayat ini,  ~Kita tidak akan dapat menggapai hakikat keimanan sehingga kita mampu menjaga lisan kita. Keimana kita juga tidak akan lurus sehingga hati kita lurus dan hati kita tidak akan lurus sehingga perkataan kita lurus. ~ betulkan, anda rasa? Ayat ini sangat memuhasabah kan diri saya yang selalu saja tersungkur dengan macam-macam fatamogana dunia. 

Jom, sama-sama muhasabah diri...

No comments:

Post a Comment