Wednesday, February 29, 2012

Jauh




"Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu."
"Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu,
memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan,
 dia tidak suka kamu.
Manakala untuk lelaki biasa,
 yang menyukai kamu,
dia akan cuba mendekati kamu,
 dan ini pasti kamu tahu.
Cuma lelaki yang benar-benar baik,
 apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."
~Jauh~
"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu.
Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu.
Bukan sahaja tangan halus kamu,
bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu,
tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu.
 Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia,
 dan pada ketika dia sudah bersedia,
 dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah,
barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu.
Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu?
Sedaya upaya dia akan cuba menghindar,
kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara,
pada ketika itulah,
bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu,
dan 'mencengkam' hatinya pula.
Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya,
antara rindu baik dan zina hati.
Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."
"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah.
Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri,
dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu,
ketahuilah itulah lelaki baik,
kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu.

Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar,
pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu,
dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia.
Kamu taat pada perintah Tuhan,
kamu patuh pada larangan,
ibadat kamu tidak pernah berhenti,
dan semua itu adalah usaha.
Jodoh itukan misteri Tuhan,
selain mati dan rezeki.
Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu,
Selain itu percayakan ibu bapa kamu sekiranya mereka mahu memberi jodoh,
percayakan rakan-rakan yang kamu yakin bagus telahan hatinya kerana ibadatnya,
bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan jodoh.
Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah.
Cuma sahaja, perlu jugalah kamu ingat,
patuh dan taat kepada Allah itu,
bukan atas urusan mahu jodoh yang baik,
tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya.
Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu,
segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun,
dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan.
Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan,
iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya,
kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini,
tetapi ditangguh sehingga ke akhirat."

No comments:

Post a Comment