Saturday, January 7, 2012

Apakah saya beriman


Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah, adakah saya sudah benar-benar beriman? Apakah orang seperti  saya telah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Adakah saya sungguh-sungguh menyedari bahawa kematian pasti akan mendatangi? 

Seorang mukmin merealisasikan iman dengan perbuatan dan perkataan. Iman bukan sekadar pada ucapan yang boleh dibuat gurauan. 

Hasan al-Basri berkata, "Iman bukanlah hanya angan-angan dan hiasan semata-mata. Ia adalah apa yang diyakini oleh hati, lalu direalisasikan dengan tindakan. Iman adalah keyakinan yang mengakar utuh dihati dan dibuktikan dengan kenyataan. Keyakinan itu tidak berubah, sehingga benar-benar  menancap kuat pada diri seseorang. "

Katanya lagi :-

"Celakalah manusia kerana angan-angannya : berkata tanpa amal, bermakrifah tanpa bersabar dan beriman tanpa keyakinan. Mengapa ada beberapa orang yang tidak memiliki akal. Ku dengar ucapannya akan tetapi tiada realitinya. 

Demi Allah, dia masuk ke suatu kaum lalu keluar. Mengerti tetapi mengingkari. Mengharamkan kemudian menghalalkan. Agama mereka hanya sebatas manis di bibir. Jika ditanya, 'adakah engkau beriman kepada Hari Akhirat"? mereka menjawab. "Ya', kemudian dibelakang itu dia mendustakannya. 

Ya Allah, masukkanlah aku didalam golongan sebenar-benar akhlak orang yang beriman iaitu mereka yang teguh dalam berpendirian dalam beragama, ada iman dalam keyakinan, ada ilmu dalam santunnya dan sentiasa berlaku santun dengan ilmu yang mereka ada. Ada ketegasan dalam kelembutan, ada kemurahan dalam kekayaannya. Sering menunaikan hak-hak yang dituntuti. Tidak membalas apa pun tika orang membuat sesuatu kepadanya. Ringan menghulurkan sebelum dipinta. Tidak pernah tenggelam dalam senda gurau yang sia-sia. Tidak mengunjing manusia. Tidak mengerjakan sesuatu yang tidak diketahuinya. Sungguh dia tidak pernah menolak kebenaran. Subahanallah, inilah akhlak orang-orang yang beriman. Tetapi, dimanakah mereka? Adakah saya termasuk sebahagian dari itu? (InsyaAllah) Bermujahadah dan muhasabah dirimu sentiasa lai...n_n

No comments:

Post a Comment