Friday, January 27, 2012

Satu Jalan Saja



Ya, dalam hidup kita ada pilihan. Tapi harus kita ingat, satu jalan saja yang boleh membawa kita masuk ke syurga Allah s.w.t
Kenapa kita sering menganggap hidup ini ada banyak jalan?
Kenapa perlu memilih antara usrah dan pergi menonton wayang?
Kenapa perlu memilih antara solat dan teruskan menonton drama melayu?
Kenapa perlu memilih antara bangun solat subuh dan teruskan tidur di katil empuk?


 “Bagi setiap umat telah Kami tetapkan syarat tertentu yang (harus) mereka amalkan, maka tidak sepantasnya mereka berbantahan dengan engkau dalam urusan (syariat) ini, dan serulah (mereka) kepada Tuhanmu. Sungguh, engkau (Muhammad) berada di jalan yang lurus.” (Al-Hajj 22:67)

 “Aku nak berubah tapi seakan ada halangan.”
Memang kalau kita nak berubah menjadi baik kita akan rasa ada halangan. Kerana musuh segala kebaikan itu tidak pernah putus asa menggoda kita melakukan kejahatan.
Siapa musuh kebaikan?


“(Iblis) menjawab, “Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan datangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mererka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.” (Al-‘Araf 7:16-17)



Oh, kalau macam tu susah lah nak lari dari syaitan. Syaitan dah kata tu dia akan datang dari depan belakang kiri kanan.
“Sabar-sabar. Belum habis lagi. Syaitan pun makhluk Allah juga. Allah ada berfirman lagi;



"sungguh, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pimpinan dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah.'' (Al-Nahl 16: 99-100)


” Macam mana nak jadi orang yang beriman?”
Kata Maher Zain, InsyaAllah, ada jalannya. 


Tuntutlah ilmu. Belajarlah tentang Islam, belajarlah tentang tauhid untuk mengenal Allah s.w.t, Pencipta kita. Kerana hanya orang yang mengenal Allah, akan menjalani hidup kerana Allah kerana mereka yakin dan percaya dengan apa yang Allah perintahkan.
Namun, jika kita masih memilih jalan jahiliah yang dipandu syaitan, mari kita muhasabah ayat ini.

“Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah disediakan, "Sesungguhnya allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sungguh, orang yang zalim akan mendapat seksaan yang pedih. 
(Surah Ibrahim 14:22)


Syaitan sendiri mengaku yang jalan yang dia seru itu adalah menyalahi seruan yang sebenar. Dan syaitan juga melepas diri dari menjadi pembela kita kelak.
Jadi tepuk dada, tanyalah iman. Mahukah lagi kita hidup dalam jahiliah, mengikut apa yang syaitan bisikan hingga kita terlupa, terlalai bahawa ada lagi perintah Allah yang kita belum kerjakan.




Jadi, sudahkah jelas dimata kita, jalan mana yang paling baik? Jalan mana yang memandu kita ke syurga Allah s.w.t? Ianya jalan menyeru orang kepada kebaikan.
” Baikilah diri dan serulah orang lain.”


Satu kata-kata, menunjukkan tarbiyyah dan dakwah itu bergerak seiringan.
Jadi, marilah susuri jalan dakwah, jalan menyeru orang lain kepada kebaikan dan kepada Allah s.w.t. Tapi jangan lupa, bekal untuk menyeru diri sendiri dan orang lain kepada kebaikan adalah tarbiyyah.



~Azzariyat~ 

No comments:

Post a Comment