Tuesday, December 20, 2011

Ajal


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...


Kisah ini saya petik dari sebuah buku.. Semoga kisah ini mampu mengugut ingatan kepada kita tentang suatu hari ketika semua hubungan kita dengan harta, anak dan kerabat terputus...


Tersebutlah seorang lelaki menteri di zaman Nabi Daud, bernama Jalil Al Qadri. Ketika nabi Daud meninggal, dia menjadi menteri di era Sulaiman bin Daud. Di suatu pagi, Sulaiman mengadakan majlis bersama menteri itu. 


Kemudian seorang lelaki masuk memberi salam dan membisikkan sesuatu ke telinga Nabi Sulaiman. Lelaki ini memandang tajam kepada Jalil, seorang menteri sehingga dia merasa ketakutan. Ketika lelaki itu keluar dari majlis, menteri itu bertanya kepada Sulaiman, "Wahai Sulaiman Nabi Allah, siapakah lelaki yang baru sahaja keluar tadi? Sungguh pandangan matanya membuatkan aku takut."


Nabi sulaiman menjawab,"Dia adalah Malaikat Maut yang menjelma sebagai manusia. Dia mendatangiku." Seketika itu gementarlah menteri itu lalu menangis. Kepada nabi Sulaiman dia berkata, "Wahai Nabi Allah, demi Allah aku mohon kepadamu agar kau perintahkan angin bertiup membawaku ke tempat paling jauh iaitu ke India."


Nabi Sulaiman memenuhi permintaannya. Menteri tersebut pun terbang di tiup angin. Keesokkan harinya, Malaikat Maut datang kembali ke hadapan Nabi Sulaiman sebagaimana hari kelamarin. Nabi Sulaiman berkata, "Kelmarin engkau telah membuatkan sahabatku gementar. Mengapa engkau memandangnya begitu tajam?"


Malaikat itu berkata, "Wahai Nabi Allah, aku mendatangimu di pagi. Aku terkejut mengetahui orang itu masih bersamamu di sini. Padahal Allah memerintahkanku mencabut nyawanya selepas Zuhur di India."


"Lalu apa yang kau lakukan?" tanya Sulaiman, "Aku pergi ke tempat yang Allah perintahkan kepadaku untuk mencabut nyawanya di sana. Ternyata dia sedang menungguku, lalu aku mencabut nyawanya," jawab malaikat Maut itu. 


Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segaa yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumuah : 8)
  

No comments:

Post a Comment