Friday, December 23, 2011

Mencari Calon Suami Yang Tiada Facebook


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....
Melihat gelagat ramainya orang dalam melayari facebook dan blog kadang-kadang sangat merunsingkan. Ada yang tidak segan silu berkongsi cerita hal peribadi yang sewajarnya disimpan. Ada yang merungut mengeluh tentang macam-macam benda yang tak puas hati di matanya. ada yang berposing ala-ala model lalu ditayangkan gambar-gambar untuk tujuan tatapan mata-mata nkal. Bermacam-macam ragam..



        Contoh sahaja. Kadang2 kita tak sedar padahal kat realiti tak pernah tegur

Semua orang tak terlepas dari ini. Saya sendiri juga. (Ada juga bah... Dalam hati saya mengatakan.. Kawan saya)... =). Kadang-kadang susah juga nak menjaga kalau di alam maya ni.. Di alam realiti kita bersusah payah mengaja pandangan, menjaga hati, sopan. Tapi di alam maya lain pulak jadinya. Ada ja bersembang ribut di alam maya tapi sebenarnya tak pernah langsung bertegur sapa dalam realiti.

Kalau untuk mengeratkan hubungan sesamasahabat (perempuan sama perempuan) ini sangat baik. Okey contoh, kita boleh tahu perkembangan sahabat kita sewaktu cuti ni kan.. =) Kadang-kadang kita tak sedar yang conversation kita dengan berlainan jantina melalaikan. Kalau muslimin tu saya yang punya, saya jealous tau.. Ngeee...(after akad)

Muslimin boleh melihat gambar-gambar muslimat


Sikap suka berongsi, andaikanlah gambar doodle tu gambar orang betul. hehe

Kalau ada gambar yang tak privet siapa2 boleh tengokan. Tambahan lagi muslimat yang cantik jelita anggun bergaya satu album khas gamba dia seorang. So, now everyone can see it.. Mau tahu macam mana boleh wujudnya fake profile, sebabnya kebanjiran gambar kita di alam maya, saya tidak cakaplah tiada langsung =) tapi cukuplah satu dua je yang kecil-kecil. Bukan apa kita mengaja sebab wanita ini fitnah terbesar. =) Kalau muslimin tu saya yang punya saya cemburu sebab dapat tengok free-free.

Memberi Sokongan Pada Maksiat

                          Gambar hanya untuk tujuan contoh

Saya tak nak liht muslimin yang bakal saya nikahi (aisehhh) support pada benda yang melalaikan. Contoh, kalau ada seseorang letak gambar berdua couple, mesti ada komen dekat bawah gambar tu 'alolo sweetnya korang' kan.

Atau kalau orang buat in a relationship with dot dot berduyun like. Kita tak tahu masa depan. Karang tak jadi dengan orang tu frust tak sudah. Saya mahukan muslimin yang bagi sokongan pada Islam. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama. Sebab dengan ilmu agamalah beliau akan mendidik saya dan anak-anak (ayat masa depan) hehe..
Semua orang ada calon-calon idaman masing-masing =) Sama macam saya tapi pada saya cukuplah ia beriman. Itu sangat cukup Hadiah paling berharga dari Allah sepanjang zaman. biarlah kita tak berkenal-kenalan sebelum nikah. Itu adalah lebih baik dari diserahkan cinta pada yang tidak sepatutnya. Bila diserahkan tak dihargai. Itu sangat menyakitkan tahu? =)

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamannya. nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya apa yang saya nak kata sekarang ni susah nak jumpa para syabab mcam zaman nabi dulu. Ini bukan semata-mata akaun facebook beribu-raban friends. In reality pun susah sekarang ni nak mencari yang benar-benar ikhlas. Yang faham hukum Allah. Kebanyakan yang saya lihat semuanya hanyut dalam dunia remaja, dalam dunia trends, semua dalam comfort zone lagi. Sama ke level kita denagn remaja di Palestin? Tak. Kadang-kadang dosa-dosa di facebook ni kita tak  sedar. Saya mahukan muslimin yang bijak menggunakan peluang berdakwah. Tak kisah lah dimana-mana pun. Ya, like facebook dan blog,these are our chances. Memang benda-benda ni created by depa yang bukan Islam u tai kita kena pandai manfaatkan. semua ni tak terhad dalam alam maya sahaja, cuma apa yang saya lihat dalam alam maya ni adalah kebanjiran 'remaja' yang terlalu mengikut trends.

Mencari calon suami yang tiada facebook? Memang susah. Means ada ke manusia lagi yang tiada facebook? macam tu lah perumpamaannya kita nak jumpa muslimin/muslimat yang benar-benar menjadikan Islam sebaai cara hidup mereka, meletakkan Allah d tempat paling teratas dalam hati mereka.

Sedar tak sedar sema benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes, dunia ni persinggahan saja. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia, (moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita sedar ataupun tak sedar) dan kita sendiri akan dapat tengok balik apa saja yang kita dah buat. Apa saja yang kita dah buat untuk Islam? Untuk Allah?

Peringatan untuk saya terutamanya.
 
            

2 comments:

  1. Memang ada tapi susah, namun tidak semua yg berFB itu leka, bergantung pada niat masing-masing. :)

    ReplyDelete
  2. ya, sy stuju.. tdk smua yg berfb tu alpa, dan rs ny yg mc tdk ada fb tu dekat keliling kita semua pun mc ada...

    ReplyDelete