Monday, December 12, 2011

Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul

     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Assalamualaikum Waraahmattullahi wabarakatuh...

Tadi lepas isyak sebelum balik, sempat lagi 
tengok buku-buku yang ada di atas mini rak milik masjid Jamek ni. 
Sebenarnya tiada niat mau pinjam, 
just tengok-tengok sebab baru juga pulangkan buku kan. 
Tapi ada satu buku ni, dengan izin Allah... 
menggerakkan hati saya mengambilnya dan buku ini
bertajuk "Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul"... 
Ee.. mcm best best ja buku ni (dalam hati saya)..
Dan memang BEST...
Saya pun tulis nama dekat jadual peminjaman buku 
yang telah disediakan bagi memudahkan urusan peminjaman buku.
Dan apa yang membuatkan saya lebih tertarik dengan buku ni,
saya terbaca satu baris ayat, "Tiada Cinta Sebelum Kahwin"
Kawan saya pernah bagitau saya tentang ayat ni.
Masa dia bagitau tu, saya tidak faham maksud dia.
Mungkin ini lah jawapan dari persoalan kawan saya tu kan, 
Terima kasih Allah kerana menjumpakan saya dengan buku ini.. 
Sangat menjawab persoalan dikepala saya even baru sedikit saya membacanya.
Kena sangat dengan diri saya dan senario kita pada hari ini..
Baru sedikit saya membaca isi kandungan buku ini, 
namun terasa banyak yang terKESAN dihati kecil ku. huhu...
"Tiada Cinta Sebelum Kahwin". 
Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri,
menepis dugaan cinta lelaki, 
melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.
Cinta hanya untuk suami, takkan ku kongsi..
5 baris diatas (tulisan berwarna biru)
merupakan antara isi kandungan buku ini,
yg sudah membaca dan mempunyai buku ini mesti sudah tahu kn...
Alangkah indahnya jika saya salah satu daripada golongan seperti ini.. 
Image buku ni nanti saya upload ya..InsyaAllah
Ada masalah teknikal pula skrg ni. Ngeeee...
Oklah.. selamat malam semua.. maaf jika saya ada terkasar bahasa..
Baca doa sebelum tidur tau..(^_^)
ZZZzzzzzzzzz ....

Dua hari, Dua malam kemudian.....

TaDaaa......
Ini lah buku yang saya maksud kan tu....
Best... Baca la...


2 comments: