Monday, December 12, 2011

Tundukkan Pandangan mu


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. "Sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. 
 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka.."(Surah An-Nur : 30 - 31)

Nabi Isa a.s bersabda yang maksudnya berbunyi: "siapa yang memandang ke arah wanita dengan perasaan berahi maka dia dianggap melakukan penzinaan dalam hati."

Memang benar apa yang dikatakan 'makanan mata lebih berharga daripada makanan mulut'. Malahan dengan melalui pandangan mata, seseorang itu terbuka selera untuk menjamah makanan yang dihidangkan di hadapannya. Keadaan ini semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita pada hari ini. 

Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina. 

Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan mata semata-mata, namun adalah menundukkan PERASAAN. 

Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkah SUKAR nya sebenarnya...

Oleh kerana itukita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan dunawi. kaun kita (Hawa), kuatkan jati diri kita dan lindungilah taman kita dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hak kita..

No comments:

Post a Comment